Sunday 11 March 2012

Lagu buat Hati

Mata yang memandang memberi kesan pada hati. Ku lihat awan, gebu dan putih. Sesekali ingatan ku melayang teringakat kepadamu. Aku tersenyum dan ku rasa bibit-bibit rindu mulai mekar dihati ku. Zina hati? hmm. Ya! ini zina hati kerana aku sedang merindui insan ajnabi untukku. Istighfar. Istighfar. Istighfar.






Duhai hati, belajar lah bersabar. Cinta itu datang tanpa dipinta. Aku memahami itu. Jiwa remajaku semakin memberontak. Mereka yang ada disekelilingku sibuk dengan couple masing-masing. Malah novel, cerekarama dan cerita di kaca tv cuba menyampaikan propaganda yang cinta itu indah. Cinta itu bahagia. Cinta itu pengorbanan. Cinta itu ini. Banyak! Banyak yang cuba disampaikan. Hati semakin memberontak. Ya, cinta itu memang indah. Buktinya, aku bahagia apabila aku cinta kepada Maha Pencipta dan Rasul-Nya. Aku bahagia apabila aku cinta kepda kedua ibu bapaku. Aku bahagia apabila aku cuba bercinta dengan mu. 


Ku pejam mata ku serapat-rapatnya. Ini bukan cinta! Bukan! Aku yakin itu. Perasaan yang ku rasa apabila bersama mu bukan cinta kerana aku membelakangkan Cinta Teragung dan Agama ku. Couple itu tidak wujud dalam Islam. Jadi mengapa harus aku mengikuti sesuatu yang pada dasarnya bukan anjuran Islam? Hati mulai akur. Aku mengaku aku cinta kepada pemilik Cinta Teragung, jadi hipokrit lah aku jika aku cuba untuk melanggar apa yang telah diarahkan kepadaku sebagai seorang hamba. Hati akur lagi. Air mata kesal mengalir lesu.

"Terima kasih mencintai saya kerana ALLAH SWT. Rasa cinta itu wujud atas izin-Nya. Dan ada cara yang betul untuk menghalalkannya iaitu ijab dan kabul. Sebuah pernikahan. Sehingga itu, sebelum semua menjadi halal untuk kita, kita adalah ajnabi yang punyai batas. Kita mempunyai tanggung jawab terhadap agama kita. Kita juga adalah cermin kepada agama kita. Untuk menjadi cermin yang mampu memberi pantulan cahaya dan imej yang baik kepada mereka, kita perlu mengikuti segala apa yang telah diperintahkan dan menjauhi segala apa yang dilarang oleh Maha pencipta. Maka saya menolak couple sebelum nikah".





Tersenyum. InsyaALLAH, kalau sememangnya kita ditakdirkan untuk bersama. Hari itu akan tiba jua nanti. Kerana apa yang ditentukan oleh Maha megetahui itu adalah yang terbaik untuk kita.

Hati akur. ALHAMDULLILAH. Tenang ku rasa. Ku lihat awan lagi. Tersenyum gembira. Sesungguhnya, DIA adalah pemilik cinta yang hakiki.




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…


Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…


Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…



Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…


Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…


Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘alamin.






Dedicated to kak NH