Sunday 24 June 2012

Ekspedisi mendaki Gunung Besar Hantu


Assalammualaikum WBT.

Salam sejahtera.

Setelah sekian lama tak update blog ni, hari ni rasa nak share tentang experience saya pergi hiking pada 16 jun 2012. First time hiking memang seronok dan PENAT tak terkata. Before pergi tu, saya dan member memang pergi jogging untuk build stamina lah konon tapi nasib badan, 2 hari lepas training, flu menyerang T__T Memang dugaan. Tapi semua tu ada hikmahnya. Lagi pula sakit tu kan penghapus dasa-dosa kecil.

Di pendekkan cerita, saya pun pergi lah hiking dengan training just for 2 days untuk bina stamina. Nama gunung yang kami nak ‘tawan’ ni Gunung Besar Hantu, Jelebu. Gunung yang tertinggi di Negeri Sembilan tau. Bangga sikit. Hehe. Gunung ni kena panggil Gunung Besar Hantu sebab menurut orang asli kat sini, kat kwasan gunung ni ada gua yang bila mana angin bertiup kat sekitar kawasan gua tu, satu bunyi seram dan pelik akan terhasil. Jadi camtu la serba sikit camna gunung ni dapat nama. Comel je. 

Tapi masa perjalanan turun ke camp site sekitar jam 6 petang lebih, saya dan beberapa orang member yang jalan sesama masa tu memang ada dengar bunyi kuat yang sangat pelik tapi tak seram pun sebab dah penat sangat pastu kat otak memang dah set "SAYA MESTI SAMPAI CAMP SITE CEPAT". Dan masa tu memang dah tak fikir apa-apa pun selain nak sampai camp site. Hee~

Kami bermalam di kaki gunung hari jumaat kat ponak kem yang dikelilingi sungai. Sejuk masa tidur malam tu memang tak dapat nak gambar lah. Menggigil hehe. Then strat hiking pagi sabtu, start jam 9 pagi and sampai puncak jam 3 petang. Lama kan? 6 jam mendaki, rasa kaki nak tercabut pun ada. Tapi penat-penat pun, suasana kat hutan tu memang ‘high class’. Cantik sungguh ciptaan Yang Esa.

Alhamdulillah, saya dan member sampai juga kat puncak lepas pass 2 check point iaitu sungai cabang dua dan taman orkid. Oh ya, tinngi gunung ni 1462 M.

Lepas berehat kat puncak setengah jam, kami turun pula and ambil masa selama 4 jam. Kaki masa tu memang sakit sangat tapi Alhamdullilah tak cramp. Ada juga member yang cramp tapi tetap masih gagah untuk sampai ke camp site...

ni lepas warming up. Snap pic before hiking.

Sempat lagi posing. hehe

check point 1: sungai cabang dua

ala-ala titanic kat puncak gunung. haha

muka-muka member yang berjaya naik ke puncak. Nampak happy  semua kan?

Check point 2: Kem Orkid, last check point before mendaki non-stop utk sampai ke puncak.

Rehat jap sambil duduk kat atas batang kayu. ni curi2 rehat sebenarnya. hehe

gunung besar hantu

Big bro ambil bekalan air.

ni gambar before balik U. gambar kenangan dengan budak kelas.

Cantik kan? SubhanALLAH. Indah :)

hehe

Recreation Club Member