Tuesday 25 December 2012

Kenapa Aku?

Salam.

Selalu bukan? Mengaku cepat? *eh eh, maaf ter-CUT ayat kat depan* .

Kita selalu mendengar melihat malah mengatakan, bahawa manusia itu tidak akan diuji jikalau dia tidak mampu untuk menanggungnya. Selalu bukan? Mengaku cepat? ini adalah ayat popular atau famous untuk kita ucapkan kepada rakan-rakan mahupun sesiapa yang hampir dengan kita, sekiranya mereka DOWN dengan ujian yang ALLAH SWT berikan. Betul?



Ni lagi salah satu ayat "conventional" yang kita selalu gunakan, setiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya. Betul?

Tiada yang salah. Kerana semua kata-kata tersebut betul benar dan tiada silapnya.

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 
-Surah Al-Baqarah ayat 286

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." 

-Surah Al-Baqarah ayat 216

Selepas kita meng-CALM DOWN-kan mereka yang DOWN tadi dengan ayat keramat tersebut. Ada dua kemungkinan, sama ada dia akur, atau pun jerit balik kat kita "KAU SENANG LAH CAKAP! AKU YANG TANGGUNG! KENAPA ALLAH DUGA AKU MACAM NI?" *Panggggg! penampaq satu kat pipi hang* 

Amboi amboi amboi. Bukan main lagi hang. Hello, selama ni kau alpa dengan nikmat yang diberi. Ada kau fikir? Selama ni kau tinggal perintah malah buat apa yang dilarang, Ada kau fikir? Kau baca kitab ALLAH SWT tu setahun sekali, Ada kau fikir? Kau buat itu ini bla bla bla bla, Ada kau fikir? Baru uji sikit~ kau dah sawan.

*cakap dengan lembut* DIA menguji kita sebab nak kita ingat dekat DIA balik. Ingat kat DIA sebab dah lama sangat kita lupakan DIA. DIA nak beri kita peluang lagi untuk ingat dekat dia sebab DIA sayangkan kita.

 Ingatlah kepada-Ku, Aku juga akan ingat kepada kalian. Dan bersyukurlah kepada-Ku, janganlah kalian kufur. 
                                                                                            -Surah Al-Baqarah ayat 152 

Kita muhasabah diri balik. Ingat balik masa yang kita sia-siakan. Kalau dalam kalangan member-member, orang yang ingat kawan masa susah, digelar kawan takda faedah dan selfish. Masa senang, lupa kat kawan-kawan. Jadi seorang hamba yang lupa kepada TUHANNYA masa senang dan hanya ingat masa susah pula, digelar hamba derhaka. Lagi best, digelar hamba yang bodoh lagi sombong. *nak tak jadi cmtu? tak mau kannnnn.*

Oleh yang demikian itu, peringatan buat diri dan anda semua, sekiranya kita DOWN disebabkan hal-hal duniawi yang bertimbun-timbun itu, maka sila lah CHECK hubungan kita dengan ALLAH SWT. Sujud lah dalam tangisan. Berdoalah dengan kesungguhan. Bertaubatlah penuh penyesalan. Bacalah kalam yang diwasiatkan kepada kita. Penuhi jiwamu yang dahaga dengan cahaya zikir. Dan rasalah nikmat ketenangan yang kau cari. INSHA'ALLAH~





*Pesanan ini dibawa khas oleh koko sawi*