Sunday 25 December 2011

Jannah Dan Firdaus

Batu kecil diatas jalan bertar itu ku sepak dengan kaki kiri. Kini giliran kaki kanan pula menyepak batu itu. Bergolek-golek batu itu tanpa arah. Fikiranku jauh melayang entah kemana tapi kaki ku ligat menyepak batu kecil yang tidak berdosa itu ku kira. Jikalau saja batu itu mampu bersuara, tentu saja cacian dan makian bakal ku terima. Tetapi aku tidak kisah kerana aku tahu aku bersalah. Aku teruskan langkahku dan  ku tinggalkan batu itu di bahu jalan. Kaki ku kini bermain-main dengan arus sungai. Aku duduk diatas batu sungai yang besar. Tanganku sesekali menguis rambutku yang panjang separas dada dan hitam likat itu. Ku memerhatikan gelagat sekawan kanak-kanak lelaki yang sedang seronok serta leka bermain didalam sungai.

“Woi! kat sini ko rupanya. Puas aku cari ko. Apa ko buat kat sini? Aku tengok ko ni macam orang baru putus cinta je. Layan perasaan sensorang”, kata Firdaus diikuti dengan gelak mengejek. Aku menjelingnya tajam tanpa berkata apa-apa. Dia duduk disebelahku. “Ape hal ko ni? jeling-jeling. Juling kang baru tau”, usiknya dan tertawa lagi.

“Takde pape lah. Aku gerak dulu. Nanti opah aku risau pulak”, jawabku ringkas dan berlalu pergi.

“Eh, aku ada buat salah kat ko ke?”, tanyanya lagi dengan nada risau.

“Takdelah pak cikkkkk… ok jumpe kat sekolah esok yer”, kataku sambil berpaling kearahnya dan tersenyum. Dia membalas senyumanku dan mengangguk. Aku meneruskan langkahku. Wajahku kembali muram. Fikiranku melayang lagi.

Aku memang tidak bertuah seperti orang lain. Sejak kecil lagi aku diasuh oleh Opah. Aku tidak pernah merasai kasih sayang dan belaian seorang ibu. Ibu pergi meninggalkan aku dan Opah ketika aku baru berusia 3 hari. Opah lah yang memikul segala beban untuk membesarkan ku. Kini kudrat opah tidak sekuat dulu. Tapi kasih Opah kepadaku masih segar dan semakin kuat. Pelbagai cacian dan hinaan Opah terima kerana kelahiranku ke dunia fana ini. Air mata Opah yang mengalir memberi bekas pada hati kecilku. Bukan Opah sedih kerana di hina tetapi Opah menangisi nasib diri ku. Nasib diriku yang dilahirkan sebagai anak seorang penjenayah yang dihukum gantung. Ya! Ayahku seorang penjenayah. Seorang pengedar dadah dan telah dihukum gantung ketika aku masih didalam kandungan ibu. Aku tidak pernah melihat wajah ayah. Sekeping gambar ayah pun aku tidak miliki. Tetapi bias perbuatan ayah, masih ku rasai. Begitu juga Opah. Aku diberi gelaran anak penjenayah. Aku dipulaukan kerana kesalahan ayahku yang aku sendiri tidak mengerti. Aku dihukum atas kesalahan ayahku. Tiada siapa yang sudi berkawan denganku malah mak cik- mak cik di kampungku menggelar aku budak sial. Kononnya aku membawa sial dalam keluargaku. Aku menjadi penyebab malapetaka yang berlaku. Mereka melarang anak mereka untuk berkawan denganku kerana tidak mahu sial ku memberi tempias kepada mereka. Kolot! Itu fikirku. Tapi aku pendam dan ku biarkan mereka kerana Opah. Aku tidak mahu menyusahkan Opah. Ikutkan hati mahu saja ku robek mulut mereka satu persatu. Orang tua saja gelaran mereka tetapi mindanya seperti budak hingusan dan tidak punya agama. Tidakkah mereka belajar tentang qada’ dan qadar Allah SWT?

“Pergi mane tadi Nah? kawan Nah cari Nah tadi”, soal Opah yang duduk di pangkin usangnya. Aku cukup kenal dengan kawan yang dimaksudkan Opah. Satu-satunya kawan yang sanggup menerimaku walaupun mengetahui kisah pahit keluargaku. Aku menyalam Opah.

“Nah duduk kat tepi sungai tadi Pah. Rindulah kat Opah”, kataku dan terus memeluk Opah. Opah gelak. Opah mengusap rambutku.

“Pandai Cu Opah tarik hati Opah yer… Tak sampai 3 jam dah rindu Opah…”, Opah mencubit pipiku. Aku turut tergelak melihat telatah Opah. Kedut-kedut semakin galak kelihatan diwajah Opah. Namun Opah masih cantik dimataku. Bagiku cantik bukan pada zahir tapi pada batin. Kecantikan lahiriah tidak akan kekal tetapi kecantikan dalaman akan kekal dan segar diingatan walaupun roh sudah berpisah dengan jasad.

********************************

“Assalammualaikum cik Jannahtul Izraa”, sapanya ketika terlihatku. Dia berjalan seiring denganku kini.

“Waalaikumussalam pak cik Firdaus”, jawabku membuatnya tergelak.

“Macho lagi muda camni pun dapat gelaran pak cik. Entah-entah bila dah tua, dapat gelaran moyang kot”, rungutnya dalam nada bergurau. Aku hanya tersenyum.

“Jadi takkan nak panggil orang tua, adik kot?”, debatku diikuti gelak kecil. Dia menggaru kepalanya. Mungkin binggung ataupun kehabisan modal untuk membalas kata.

“Yelah… ko menang… Siapalah aku ni nak berdebat dengan pendebat kebangsaan kannnnnnn?”, usiknya.

“Sedar pun…”, usik ku pula. Kami tertawa bersama.

Firdaus adalah satu-satunya kawan ku. Kami bertemu pertama kalinya ketika dia berpindah kesekolah di tempat ku belajar. ketika itu kami berada di tingkatan 1. Dia dan keluarganya berpindah ke kampung ku kerana ayahnya ditugaskan untuk menjadi pegawai polis di balai polis daerah berdekatan. Firdaus tidak seperti orang lain. Dia tidak kisah tentang kisah keluargaku. Dia ikhlas berkawan denganku. Hampir lima tahun aku berkawan dengannya dan aku sudah masak dengan perangainya. Pada mulanya aku agak keberatan untuk menerimanya sebagai temanku kerana aku tidak yakin pada diriku. Aku takut dia hanya mempermainkan aku sepertimana Naim Affendi yang berlakon untuk bersahabat dengan ku. Naim dan rakan-rakannya menjadikan aku ‘permainan’ mereka. Sekiranya Naim berjaya menjadi sahabatku dan membuat ku percaya kepadanya, dia akan memperoleh rasa hormat daripada rakan-rakannya. Tercabar atas sesuatu yang bodoh! Itulah Naim. Kebencian ku kepadanya membuak-buak. Aku sampaikan tidak betah mendengar mahu pun melihat wajahnya. Manusia bodoh yang hipokrit. Aku tidak tahu apakah dosaku terhadapnya sehingga dia sanggup mempermainkan aku. Sangka ku Naim adalah kawan dunia akhirat untukku. Rupanya aku silap. Aku dijadikan badut untuk ditertawakan. Sumpah aku sangat sedih apabila aku mengetahui hakikat sebenarnya kerana Naim adalah orang pertama yang mengajarku erti sahabat walaupun itu hanya lakonan semata. Ketika seluruh kelas mentertawakan sifat polos dan lurus ku sehingga berjaya diperbodohkan oleh Naim, Firdaus berlagak seperti hero yang menyelamatkan ku. Masih segar diingatanku ayat keramat yang diungkapakannya.

“Allah menjadikan hati untuk mewarnai hidup kita dengan perasaan dan mengajar manusia tentang pahit dan manis kehidupan… Tapi manusia menjadikan hati permainan… Lalai… sedangkan sudah diingatkan berkali-kali yang hati tu penguasa diri… busuk dan hitam hati, maka busuk juga lah pemilik hati tu… silap-silap boleh gelar hantu lagi”.

Seluruh penghuni kelas terdiam mendengar madah Firdaus ketika itu. Berpandangan sesama mereka dan aku tunduk melihat lantai dengan mata yang berkaca. Entah kenapa air mata ku degil untuk berhenti ketika itu. Aku merasa seperti dilindungi dan mendapat pembelaan. Aku menceritakan peristiwa tersebut kepada Opah. Opah mengusap bahuku mesra.

“Tidak rugi menjadi orang yang sabar Nah… Allah sentiasa ada untuk hamba-hambanya… Dan jangan berdendam kerna itu juga salah satu penyakit hati”.

Aku menangis mendengar kata-kata Opah. Aku maafkan ko Naim!

“Nah oii… ek eleh… aku cakap dengan tunggul rupanya tadi… ko fikir pasal ape ni? cite skit kat aku”, kata Firdaus seperti tidak puas hati.

“Maaf...”, pohon ku sambil tersengih. “aku fikir pasal syurga tadi… hee~”, tambahku lagi.

“HAH?”, Firdaus keliru. Aku hanya tergelak melihatnya.

**********************************

JANNAHTUL IZRAA. Aku menulis nama ku di atas pasir. Kemudian aku duduk bersila diatas pasir. Rasa penat berjogging terkubur begitu saja. Suasana pagi di tepi pantai memang menarik hatiku. Air laut surut ketika itu. Deruan ombak tidak kuat seperti ketika air sedang pasang. Terdapat kawasan yang mungkin punya air separas buku lali ku saja. Kawasan itu kelihatan tenang kerana tiada gulungan ombak. Sesekali air mata air terbentuk. Indah sungguh ciptaan tuhan.

“Cantikkan?”.

“Kau… Kau nak apa?”.

“Masih berdarah luka tu?”.

“Dah sembuh. Tinggal parut je. Tapi takpe sebab hati aku memang dicipta untuk orang macam engkau dan kawan-kawan kau mainkan”.

“Aku minta maaf Nah”.

“Siapalah aku untuk memaafkan kau Im. Lagi pun aku memang dah tak simpan apa-apa lagi dah. Opah aku cakap tak baik berdendam dengan orang”.

“Jadi kau sudi kawan dengan aku lagi?”.

“Kita tak pernah jadi kawan. Dan kita tak sesuai jadi kawan. Takpelah Im, aku nak sambung jogging balik. Assalammualaikum”.

“Jannah tunggu jap… Aku memang nak jadi kawan ko tapi aku takut kawan-kawan aku yang lain sisihkan aku”.

“Aku faham Im… macam aku cakap tadi, kita tak sesuai jadi kawan. Dahlah yang lepas tu biar jelah. Takyah ungkit-ungkit lagi…”.

Aku meninggalkan Naim. Entah kenapa aku dapat rasakan ada getar dan rasa bersalah pada nada pertuturan Naim. Aku menoleh kearahnya. Ku lihat Naim duduk ditempat ku sebentar tadi. Tangannya mengais-ngais pasir dihadapannya dengan menggunakan ranting kayu. Aku berpaling semula dan terus berlari.

Ku lihat Firdaus sedang duduk di atas pangkin. Mukanya agak masam. Tiada senyuman seperti biasa. Aku menghampirinya. Dia merenungku.

“Ko ni pehal pulak? Cam jerung lapar je, aku tengok muka ko ni”, kataku ingin membuat lawak. Tetapi lawak ku tidak menjadi. Firdaus tidak tergelak seperti selalu. Aku mulai risau. “Fir…”, sambungku lagi. Tapi kata ku terhenti di situ saja. Aku kehabisan kata apabila Firdaus menunjukkan gambar melalui handphonenya. Handphone bertukar tangan. Aku mengamati gambar didalam telefon itu. Gambar tersebut merupakan namaku yang ku tulis di atas pasir tadi. Tetapi ada tulisan lain dibawahnya. Aku mengerutkan keningku dan memandang Firdaus.

“Jadi kenape? Aku tak faham”.

“Ko ada hubungan dengan dia ek? Mujur aku nampak ko dengan dia kat pantai tadi”.

“Ko mengendap aku?”.

“Perasan! Aku lalu jelah kat sana pastu aku nampak ko tinggalkan Naim. Tapi ko toleh balik kat dia. Si Naim tu pulak kais-kais tanah macam frust bercinta. Bila dia blah dari sane, aku pegi lah tengok ape yang dia dok kais tu. Resultnya gambar tadi lah. Jadi ko dengan dia memang ada pape lah ek?”.

“Jangan-jangan ko cemburu tak?”.

Aku menduga dan terus tergelak. Dia merenungku. Wajah tidak puas hatinya ditunjukkan semahunya padaku. Aku tidak sangka ayat ‘JANNAHTUL IZRAA KAU GADIS TABAH’ yang ditulis diatas pasir itu mampu mengubah emosinya yang bersahaja itu. Aku masih tergelak. Aku sangat tidak menyangka Firdaus yang matang dan cool dimataku berubah menjadi seperti budak kecil. Dia hanya memerhatikanku dan tersenyum.

“Aik? senyum pulak?”.

“Entahlah. Suara ko buat aku tenang”.

“Wah, Romeo tu… ha… ha… ha…”.

“Hah gelak lagi. Bagus sangatlah tu pompuan kuat gelak”.

“Ops… Ko lah buat lawak pepagi camni… Entah ape-ape tah…”.

“Aku taknak hilang ko je”.

“Eh, dalah encik Romeo. Geli je”.

“Geli konon… padahal suke”.

Tiba-tiba Opah datang. Secara spontan, tangan kanannya memiat manja telingaku manakala tangan kirinya pula memiat telinga kanan Firdaus. Kami berhenti bertekak. Dan tertawa. Lucu diperlakukan seperti itu.

“Opah panggil dari tadi tak menyahut ek… Orang suruh sarapan tapi dua-dua asyik nak gaduh je… Hah, sekarang padan dengan muka korang berdua dah kena piat nagan Opah”, leter Opah.

Aku dan firdaus tertawa lagi. Opah melepaskan telinga kami. Aku memeluk Opah. Firdaus pula memegang erat tangan kanan Opah dan menyalamnya. Opah tersenyum melihat gelagat kami.

“Dah jom kita sarapan dulu… Nanti baru kita bincang hal kahwin”, kata Opah bersahaja.

“Opahhhh”, rintihku manja. Malu.

“Fir setuju Opah”, sahut Firdaus bersemangat.

Aku memandang Firdaus dengan tajam. Geram. Opah dan Firdaus mentertawakanku. Aku mengeleng-geleng kepalaku sambil tersenyum.

********************************************

“Sampai bila ko nak jadi camni? ko pelajar cemerlang Nah… Jomlah futher study dengan aku…”.

Aku hanya diam membisu. Aku tidak mahu bersuara. Aku rasa dunia ku seperti sudah berakhir. Musnah. Aku baru merasa sedikit kebahagian tetapi semuanya telah berakhir. Mustahil untuk ku kembalikan segalanya seperti sedia kala. peristiwa dua minggu lepas menerjah mindaku. Sentiasa berulang kembali. Kembali dan kembali.

Hari itu aku bergegas balik kerumah. Aku tidak sabar untuk memberitahu Opah. Aku mendapat straight A dalam peperiksaan SPM. Aku rasa sangat gembira. Opah pun pasti sangat gembira. Aku tidak bertemu dengan Firdaus di sekolah kerana aku datang agak lewat. Aku bekerja sementara di kilang keropok di hujung kampung. Aku bekerja separuh hari saja hari itu kerana ingin mengambil slip keputusan  SPM. Aku mengayuh basikal usangku selaju mungkin. Aku memang tidak sabar balik kerumah. Hujan renyai-renyai tiba-tiba membasahi bumi. Cuaca yang panas sebentar tadi menjadi dingin. Sinar cahaya matahari masih kelihatan. Hujan panas. Aku berhenti sebentar. Ku peluk beg sandang biru ku erat-erat. Hati ku tiba-tiba tidak keruan. Lorong yang ku lalui itu ku rasakan sungguh sunyi. Biasanya lorong itu pasti sibuk dengan kereta kerana ia laluan utama masuk ke kawasan bazar. Aku berselawat untuk menenangkan hati ku. Hujan berhenti kira-kira tujuh minit selepas menyimbah bumi. Tetapi langit kian mendung. Aku mengayuh basikal ku semula.

“Assalammualaikum opah…”, kataku lalu terus masuk kedalam rumah tanpa menunggu Opah menjawab salam ku. “Opah oh Opah… Nah ade berita baik ni. Opah mesti suke”.

Aku teruskan langkahku ke dapur. Ku lihat Opah sedang duduk bersandar di tiang rumah. Opah tidak menoleh kearah ku. Aku tersenyum melihat Opah. Aku menuju kearahnya. Ku pegang bahu Opah. Namun tiada respon daripada Opah. Mata Opah terpejam rapat. Ku sentuh jarinya. Sejuk. Dada ku seperti hendak pecah. Air mata ku mengalir. Ku rapatkan jari ku ke hidung Opah. Tiada lagi nafas hangat. Opah kaku. Tubuhku longlai tidak bermaya. Tangan kiri Opah masih memegang sekeping gambar. Gambar milikku ketika berusia 13 tahun. Satu-satunya gambar milikku yang ada. Deraian mutiara jernih semakin lebat. Aku dalam keadaan alpa. Aku seperti melihat Opah sedang memasak, menjahit dan membelai-belai rambut ku. Selepas aku menyalamnya sebelum bertolak ketempat kerja tadi, Opah memelukku erat dan mencium dahiku berkali-kali. Opah juga berpesan kepadaku agar sentiasa ingat kepada Allah dan Rasul-NYA, tabah dan berusaha bersungguh-sungguh. Aku tersenyum kepada Opah. Lagatnya seperti tidak akan berjumpa ku lagi. Dan memang betul. Itu adalah kali terakhir aku mendengar suara Opah.

“Innalillahi wa innalillahirajiun”, akhirnya aku bersuara dengan nada perlahan.
Aku redha. Aku redha dengan pemergian Opah.

“Jannah…”.

Aku menoleh kerah Firdaus. Lamunan ku terhenti. Minda ku kembali pada saat ini. Namun peristiwa itu tetap kekal dijiwaku.

“Opah mesti tak suke tengok ko camni… Aku tau, aku tak layak cakap semua ni sebab aku tak rasa apa yang ko rasa. Aku tak lalui apa yang ko lalui. Tapi aku sebagai kawan ko, tak senang hati tengok ko camni. Semua manusia akan pergi jugak Nah. Itu janji Allah. Kita yang masih hidup ni perlu menginsafi semua tu dan teruskan hidup… Aku sayang ko Nah… Aku nak ko dan aku sama-sama berjaya dalam hidup”.

Aku masih terdiam. Tiada air mata lagi. Aku sudah penat menangisi nasib diri ku. Aku menoleh kearah Firdaus. “Ko terima je tawaran tu Fir. Bukan senang tau dapat tawaran camtu. InsyaAllah. Aku akan ikut jejak ko. Aku nak kerja dulu baru sambung study”.

“Dua minggu ko tak cakap apa-apa. Aku ingat ko dah bisu”, seloroh Firdaus. Bibirnya mengukir sebuah senyuman mesra. Matanya berkaca. Aku turut tersenyum.

***********************************************

Langit tidak selalunya cerah. Sebuah pepatah melayu yang memberi gambaran bahawa kebahagian yang kita rasa tidak akan kekal. Kadang kala badai akan melanda untuk mendewasakan kita. Badai telah menghempap pelayaran kehidupan ku berkali-kali. Namun aku tetap bangkit semula. Aku seorang yang tabah pada pandangan Naim. Aku sahabat yang baik untuk Firdaus. Dan aku segalanya buat Opah. Walau bagaimanapun, segelintir orang kampung melihat ku sebagai pembawa sial. Persetankan anggapan kolot mereka! Aku sudah lelah dan kebal dengan semua ini.

Aku merenung batu nisan di hadapan ku kini. Bagiku terlalu awal untuk dia pergi. Hati ku sudah menjadi kering. Aku bukan tabah tapi aku sudah kehilangan perasaan. Aku sudah menjadi boneka. Manusia yang tidak punyai perasaan. Badai yang menghempapaku kali ini berjaya mematahkan sayap-sayap hidup dan semangatku. Puas aku bertanya kepada diriku. Mengapa aku begitu malang sekali? Namun diriku ternyata tidak mampu mencari jawapan untuk menyembuhkan luka yang ku rasa kini. Aku benar-benar tewas. Laksana cermin yang sudah retak dan berkecai. Aku hanya bakal melukakan diriku lagi seandainya aku memperbaiki serpihan kaca yang tajam itu. Aku tidak menangis selepas mendapat berita itu. Air mata ku sudah kering. Sekering padang tandus di gurun Sahara. Aku beralih ke pantai selepas menabur bingkisan rindu kepada tiga insan yang amat ku sayangi. Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh-NYA.

“Jom balik sayang”.

“Tunggu abang lah ni”.

“Minggu depan kita datang lagi”.

“InsyaAllah”.

gambar hanya sekadar hiasan ek. ;P

No comments:

Post a Comment