Saturday 24 December 2011

Khairul Iskandar

“Awak dengar sini, tak semestinya saya dah jadi isteri awak, awak boleh buat sesuka hati awak tanpa persetujuan saya. Saya harap awak faham tentang apa yang saya cuba terangkan.”
Khairul hanya merenung Ana tanpa memberi kata balas. Dia tersenyum.

“Selamat malam awak”, katanya ringkas.

Mata Ana terkebil-kebil melihat respon yang diberikan Khairul. Bukan sahaja dia tidak mendapat jawapan dari Khairul, malah dia semakin keliru. Apa yang pasti dia telah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak dikenalinya apatah lagi mencintainya. Perkahwinan mereka telah dirancang oleh keluarga masing-masing. Ana tidak mampu menolak hasrat daddy yang nekad untuk menjodohkannya dengan Khairul Iskandar. mereka bertemu pertama kalinya semasa majlis makan malam dirumah Ana. majlis tersebut diadakan khas untuk mempertemukan mereka. Sebulan selepas itu mereka bertunang dan terus diijabkabulkan. Malam ini adalah malam pertama Ana bergelar isteri dan dia baru sahaja memberi amaran kepada Khairul untuk menjaga batas perhubungan mereka. Gila bukan? tapi Ana masih belum bersedia untuk menjadi isteri Khairul. Ana menjeling Khairul yang sedang nyenyak tidur disebelahnya.

‘Mamat ni boleh tidur macam tu je? dia ni ade perasaan ke takde? pelik la dia ni’.

“Awak… Oh awak… bangunlah nanti terlepas subuh pulak”.

Ana membuka matanya perlahan-lahan. Mata Ana terbuka luas apabila melihat seorang lelaki sedang berdiri dihadapannya. Ana menjerit sekuat hati. Dan Khairul tergelak gembira. Ana terdiam.

“Nape awak menjerit? Saya nak kejutkan awak jelah. Jangan risau. Saya ingat pesan awak semalam. Cepatlah ambil air wudhuk. Kita solat berjemaah,” katanya panjang lebar sambil bergerak mengambil kain sejadah dan membentangkanya. Ana hanya diam membisu dan terus berlalu ke tandas. Ana tersenyum seorang diri. Malu dengan perbuatannya sendiri. dia terlupa yang dia telah pun bergelar seorang isteri.

Seusai solat,Khairul membaca al-ma’thurat  dan membantutkan niat Ana untuk menyambung palayarannya dialam mimpi semula. Sungguh merdu suara Khairul mengalunan kalimah Allah. Ana tidak nafikan, Khairul seorang lelaki yang baik dan alim.

‘Bertuah sungguh perempuan yang menjadi isterinya. Isteri? maksudnya, aku memang bertuah’, bisik hati Ana.

Ana meninggalkan Khairul dan terus ke dapur. Ibu mentuanya, Umi, sedang sibuk menyediakan sarapan. Ana tersengih.

“Umi masak nasi goring ape tu?” Tanya Ana berbasi-basi. Bukannya dia tidak tahu yang ibu mentuanya itu sedang memasak nasi goreng kampung. Hendak cari modal berbual katakan.

“Nasi goreng kampung Ana”, jawab Umi sambil tersenyum mesra. “Lena tak tidur semalam? atau tak dapat tidur sebab rindu mummy dan daddy?”, tanya Umi sambil sesekali memandang kearah Ana yang sedang membancuh kopi.

Ana tidak tahu bagaimana caranya hendak menjawab soalan yang diajukan Umi. Ana merasa serba salah. Umi sangat baik. Dan Ana tidak mahu jawapannya mengguris hati kecil Umi. Jadi Ana harus bijak menyusun kata agar Umi tidak mengesyaki apa-apa. Bukan Ana tidak redha dengan ketentuan Illahi tetapi Ana memang belum bersedia untuk menjadi isteri kepada anak tunggal Umi. Ana masih ingat akan pesan mummy padanya. ‘Ana, menjadi isteri juga bermaksud kita harus menyerahkan seluruh jiwa raga kita kepadanya. Suami mempunyai hak yang besar terhadap isterinya. Dan derhaka kepada suami tak akan mencium bau syurga’.

“Ana?”.

Ana tersentap. Ana menatap wajah Umi yang nyata kebingungan. Ana mengukir senyuman. Umi menarik nafas lega.

“Umi ingat Ana tak suka Is. Tapi dah senyum camtu tandanye suke lah tu”, seloroh Umi membuat ku tergelak kecil.

“Assalammualaikum”.

Ana dan Umi menjawab salam, dan hampir serentak berpaling kearahnya. Dia tersenyum.

Hari ini genap tiga hari Ana bergelar isteri. Ana berseorangan dirumah kerana Khairul menghantar Umi pulang kerumah warisan keluarga mantan ayahnya di Raub, Pahang. Mereka ada mengajak Umi untuk tinggal sahaja dengan mereka tetapi Umi menolak dengan alasan tiada siapa yang akan menjaga rumah warisan suaminya dan Umi lebih selesa duduk di kampung berbanding bandar besar seperti Kuala Lumpur. Lagi pula, Umi mahu meneruskan rutinnya untuk melawat pusara suaminya. Umi akan melawat pusara abah setiap hari. Ana kagum dengan cinta Umi kepada arwah suaminya. Walaupun sudah hampir 20 tahun, tetapi cinta Umi terhadap suaminya tidak pernah berkurang malah semakin tebal. Menurut Umi, sikap arwah abah saling tak tumpah seperti sikap Khairul. Masih wujudkah cinta sejati di dunia fana ini? Ana mengeluh. dia saja tidak mampu mencintai dan memberikan hak suaminya.

‘ku ingin engkau menjadi milikku aku akan mencintaimu menjagamu selama hidupku dan aku kan  berjanji hanya kaulah  yang ku sayayangi  ku akan setia di sini menemani…’ (Ku Ingin Kamu)

Lamunan Ana terhenti. siapa pula yang tukar ringtone aku ni? Ana biarkan persoalan itu sebentar dan terus mencapai handphone miliknya. Nama Khairul Iskandar terpapar di skrin telefon. Ana menjawab panggilan.

“Awak, saya balik lambat sikit tau. kereta rosak kat tengah jalan ni”.

“hah? Umi mane?”.

“kat rumah. saya on the way nak balik dah. tapi kereta ni buat hal pulak”.

“oh. erm, careful tau”.

“awak pun. Oh ye, best tak ringtone baru?”.

“oh awak tukar ringtone saya ek?! ish…”

Dia tergelak di talian. Ana tersenyum. Lama juga Ana berbual denganya. Entah kenapa Ana rasa sangat bahagia apabila mendengar suara Khairul. Lelaki ajnabi yanag menjadi muhrimnya. Ana seperti terbayang peri laku Khairul ketika berkata-kata.

‘Adakah aku sudah jatuh cinta dengannya? ah, kenapa perlu aku risau. Dia sudah halal untukku ingat dan rindu. Malah pahala di janjikan untuk isteri yang rindu dan cinta kepada suaminya. Mungkin ya. Mungkin aku telah jatuh cinta kepada Khairul Iskandar’. Ana tidak henti-henti bermonolog.

‘awk cepat balik tau. sy  xberani sangat tinggal seorang kat rumah’.

Ana menghantar SMS selepas 1 jam 48 minit 27 saat mereka berbual di talian. Ana mengira setiap detik masa. Ana seperti tidak sabar untuk berjumpa dengannya.

‘Angaukah aku? Atau pun aku tidak betah untuk tinggal seorang di rumah’.
mahu saja Ana menelefon mummy untuk menghilangkan rasa bosan tapi tidak pula Ana gagahi. Ana mundar-mandir di dalam bilik. Jauh di lubuk hatinya, dia menanti balasan SMS dari Khairul. Ana melihat skrin telefonnya setiap minit.

‘Pelik juga tingkahku. Kalau dia membalas SMS ku, sudah tentu handphone ku akan berbunyi jadi perbuatan ku melihat skrin telefon tidak logik langsung. Memang kerja orang angau!’,getus Ana didalam hati.

Ana terdengar bunyi kereta berhenti di halaman rumah mereka. Ana mengintai di balik langsir dari tingkap bilik. Khairul keluar dari pintu teksi. Ana tersenyum lega dan terus berlari menuruni anak tangga lalu menuju kearah pintu utama. Ana tidak terus membuka pintu. Sebaliknya Ana menunggu Khairul menekan loceng yang terletak di tepi pagar rumah. Sejurus selepas bunyi loceng rumah bergema, barulah Ana membuka pintu perlahan-lahan. Ana sendiri tidak pasti apa motifnya  berkelakuan seperti itu. Yang pasti, Ana tidak mahu Khairul merasa yang dia menanti kepulangannya walaupun hakikatnya adalah begitu. Ana memandang Khairul selepas menjawab salamnya. Khairul seperti dapat membaca apa yang bermain dibenak Ana.

“Saya ada baca mesej awak tadi kat dalam teksi tapi run out of credit so memang tak dapat nak reply. maaf”.

“takpe. at least you are here right now. nak makan?”.

Dia tersenyum lagi.

“sure”.

 **********************************

“Is! Dah takde ruang untuk Liya ke Is?”, mata Aliya berkaca. Mutiara jernih kini mencurah juga. 

“Kenapa beri Liya harapan? Kenapa Is?”.

Khairul Iskandar diburu rasa bersalah. Dia binggung. Dia akui cintanya terhadap Liya masih mekar dikalbunya tapi dia kini sudah menjadi seorang suami kepada Ana Suraya. Dia menatap wajah mulus Aliya.

“Is… jawablah Is…”, Aliya semakin mendesak. Dia masih dibasahi air mata.

“Leya… Jodoh Is dah tertulis dengan isteri Is dan bukannya Leya. Is dah jadi milik dia leya”, Khairul menyusun kata.

“One of the hardest things in life is watching the person you love, love someone else… And I feel it now…”, air mata Aliya semakin deras. Hati Khairul bergetar. Luluh hatinya melihat air mata Aliya. Dia tidak tahan melihat Aliya menangis. Ikutkan hati, mahu saja Khairul menyentuh pipi mulus Aliya dan menghapus air matanya. Selama dua tahun Khairul dan Aliya membina bibit-bibit cinta dan impian bersama tetapi akhirnya rapuh selepas Khairul membuat keputusan untuk berkahwin dengan gadis pilihan Uminya. Khairul tidak mahu menghancurkan impian Umi untuk berbesan dengan rakan akrab arwah Abahnya. Dia tahu dia bersalah kerana tidak berterus terang dengan Umi tentang Aliya. Tapi segalanya sudah terlambat. Dia tidak sanggup menentang kemahuan Umi. Kasihnya kepada Umi melebihi kasihnya pada Aliya.

*********************************************************
Khairul hanya diam membisu. Fikirannya jauh melayang. Pertemuannya dangan Aliya semalam memberi impak kepada raganya.Dia menggaru kepalanya walaupun tidak gatal. Dia tidak tahu bagaimana untuk menyembuhkan luka dihati Aliya. Bahkan luka di hatinya juga masih berdarah. Dia tidak mahu menyakitkan hati sesiapa lagi. Baru dua minggu membina masjid tetapi dia telah diuji seperti ini.

‘Ya ALLAH bantulah hambamu yang lemah lagi hina ini’, desus hati kahirul. Dia memejamkan mata. Jiwanya tidak tenang.

Ana memerhatikan gelagat Khairul. Dua minggu bergelar suami isteri tetapi dia masih belum menerima Khairul sepenuhnya. Mereka masih tidur di bilik yang berasingan. Tetapi dia tahu nama Khairul sudah terpahat dihatinya. Dia juga sedar akan perubahan sikap Khairul sejak semalam. Dia lebih banyak berdiam diri.

“Kalau awak masih tak dapat terima saya sebagai suami awak tapi at least kita boleh jadi kawan kan? Erm, awak boleh terima saya jadi kawan awak kan?”, kata Khairul sambil menghulurkan sekuntum Ros kuning. Ana hanya memandangnya. “Terimalah Ros nie. Ros kuning menjadi simbol persahabatan tau. Info ni saya dapat kat internet. so, friend?”, sambungnya lagi.

Ana menerima Ros pemberian suaminya itu. Khairul menghulurkan tangan dan Ana menyambutnya. mereka bersalaman. “Agak-agak awak, bila awak nak terima Ros merah dari saya ek?”, Tanya Khairul. Ana tersentap.

“saya gurau jelah”, Khairul tersenyum. Dia terhibur melihat wajah Ana yang merah kerana merasa malu. Khairul berlalu pergi meninggalkan Ana. Dia berhenti sebentar dan berpaling kearah Ana. “oh ya, merah tu simbol cinta”.
Muka Ana bertambah merah. dia tidak mahu berpaling kearah Khairul. Ana tersenyum dan Khairul meneruskan langkahnya.

“Awak… saya ada benda nak cakap dengan awak… bolehkan?”, tanya Khairul berhemah menghentikan lamunan Ana tentang Ros kuning. Ana mengangguk dan mengikuti jejak Khairul ke balkoni rumah. Ana duduk di buaian rotan sambil memerhatikan Khairul yang sedang berdiri membelakanginya. suasana malam yang sedikit dingin itu dirasakan sangat romantik oleh Ana. Masa seperti berhenti seketika. Sunyi.

“Awak pernah dengar tak phrase First Love Never Dies?”, tanya Khairul. “Rasanya phrase tu betulkan? sebab walaupun awak dan saya dah jadi suami isteri yang sah tapi kita tak macam pasangan suami isteri yang lain. Mungkin awak tak dapat lupakan bekas kekasih awak. Dan saya pun macam tu juga. Pernikahan kita ni, satu kesilapan ke? Saya tak nak tipu awak. Saya tak nak tipu diri saya jugak. I choose to tell you the truth cause it would hurt you a while only, but lies would hurt forever…”.

Ana tersedu. Air matanya mengalir. Hatinya seperti ditusuk duri. Nafasnya sesak. Dia masih memerhatikan Khairul . Khairul berpaling kearah Ana. Ana menekup mulutnya. Kini dia pasti. Dia sangat pasti bahawa dia mencintai Khairul Iskandar. Khairul kaget dengan respon Ana. Fikirnya Ana akan suka kerana dia tahu Ana tidak mencintainya. Dia berlari kerah Ana dan memeluknya spontan. Ana masih menangis didakapan Khairul. Tangisannya semakin kuat apabila Khairul mengucapkan kata maaf dan mengucup dahinya.

“Awak, saya gurau je…  Saya gurau je… Janganlah menangis lagi”.

“Jangan buat lagi… Ana sayang Is tau tak?! Ana minta maaf… Ana janji akan jadi seorang isteri yang baik untuk Is. Ana janji tapi tolong jangan tinggalkan Ana”.

Khairul tidak menyangka Ana mengungkapkan kata-kata tersebut. Dia seperti tidak percaya. Dia hampir menyakiti hati seseorang lagi. Hati seorang yang penting untuknya. Khairul kembali buntu. Dia menarik nafas. Wajah Aliya dan Ana bersilih ganti dimindanya.

Malam itu Khairul tidak dapat melelapkan mata. Ana sudah lena dibuai mimpi disisinya. Inilah kali pertama Ana sudi tidur sebilik denganya secara rela. Selama ini Ana hanya akan tidur sebilik dengannya apabila Umi tidur bermalam dirumah mereka. Khairul menatap wajah Ana. Dia tersenyum. Dia sayangkan Ana. Khairul mengeluh. Dia mencapai handphonenya. Seperti yang dijangka. Puluhan SMS dan miscalled terpapar di skrin telefonnya. Aliya. Dia sengaja menukar mod telefonnya kepada silent mode kerana tidak mahu Ana salah faham dan mengusutkan keadaan. Khairul membaca setiap mesej Aliya. Khairul menggenggam erat handphonenya.

Jumpa kat tempat biase esok jam 6 ptg…’.

Khairul menekan punat SEND. Dia mahu berjumpa Aliya esok. Dia mahu kisahnya dan Aliya berakhir. Dia mahu Aliya jelas akan kedudukan mereka sekarang. Dia mahu Aliya faham segalanya. Dan yang paling penting, dia tidak mahu menyakiti hati Ana. Khairul membelai rambut Ana.

***********************************************
Aliya tersenyum mesra melihat Khairul. Khairul membalas senyuman Aliya. Hambar. Aliya dapat merasakan sikap Khairul yang hambar terhadapnya. Tetapi Aliya tetap berusaha membuat suasana tenang dan tidak tegang. Khairul kelihatan agak kekok.

“Semua antara kita dah berakhir Liya… Kita tak ditakdirkan bersama…”.

“Takdir? Terlalu awal untuk Is putuskan yang kita takde jodoh. Is bukan tuhan!”.

“Liya, Is sayang dia… Is nak jadi suami yang setia... Kalau Liya masih nak jadi kawan Is, Liya kena berjumpa dulu dengan Ana… Is tak nak ada rahsia antara kami… Is tak nak kehilangan dia…”.

“Hebat Ana ni kan? Dahlah rampas Is. Lepas tu nak control Is pulak! Is jangan nak tipu diri Is… Liya tau Is masih sayang Liya… Betulkan? jujur dengan Liya…”

“Jangan nak ikut emosi sangat Liya. Ana tak macam tu. Dan kalaupun Is masih ada perasaan kat Liya, Ana tu tetap isteri Is yang sah dan Is tak akan sekali-kali membelakangkan Ana. Apatah lagi untuk menyakitkan perasaan Ana…”.

“Hebat Is… Tahniah… Is memang hebat buat orang sayang Is dan menghancurkan hati orang… Tahniah”.

Aliya berlalu pergi. Dia menangis lagi. Kata-kata Khairul terngiang-ngiang ditelinganya. Khairul cuba mengejar Aliya. Dia mahu menyelesaikan segalanya saat itu juga. Aliya berlari-lari anak sambil menghapus air matanya yang kian mencurah dengan belakang tangannya. Khairul masih mengekorinya.

“Liya! Dengar dulu apa Is nak cakap ni”, rayu Is. Namun Aliya tetap berdegil dan meneruskan langkahnya. Bahkan semakin laju langkahnya. Tiba-tiba sebuah kereta Unser melanggar tubuh Aliya. Bunyi Hon kereta kuat kedengaran. Masa berlalu dengan pantas. Aliya terlambung lima meter kehadapan sebelum jatuh menyembah tanah. Darah pekat mengalir deras.

“ALIYAAAAAAAAA!”, pekik Khairul. Dia bergegas kearah sebujur jasad yang terbaring tidak berdaya. Dia memeluk jasad Aliya.  “Ya ALLAH! Selamatkan Liya ya ALLAH… Aku mohon ya ALLAH… LIYAAAAAA… Bertahan Liya…”. Mata Khairul berkaca. Orang ramai mengerumuni mereka berdua.

Ana kaku. Stering kereta digenggamnya erat. Dia seperti tidak percaya. Dia telah melanggar seseorang. Dia tidak sempat menekan brek keretanya apabila Aliya tiba-tiba melintas dihadapan keretanya. Ana menangis. Dia takut. Dia juga terkejut melihat Khairul bergegas berlari kearah mangsa. Jantung Ana berdegup dengan kencang. Nafasnya tersekat-sekat. Air matanya mengalir dengan deras. Pandangannya kabur dan semakin kabur. Akhirnya dia pitam.

No comments:

Post a Comment